Showing posts with label sbpa. Show all posts
Showing posts with label sbpa. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

KEMELUT SBPA SELESAI

Alhamdullillah akhirnya kemelut SBPA selesai.  Bolehlah kawan sign dengan tenang pada 28 hb ni.  Tentang opsyen bersara tu belum dapat mimpi lagi mungkin kekal 58 tahun atau mungkin jugak dilanjutkan terus sampai 60.  Itupun kalau ada belas ihsan dari Yang Maha Esa (dipanjangkan umurlahtu).  Hmm apa2pun terpulanglah pada diri sendirikan....Selamat Membuat Keputusan.

PUTRAJAYA 23 Dis. – Kemelut mengenai pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akhirnya selesai dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) diberi hak berunding dalam isu berbangkit serta menjadi pemerhati dalam pelaksanaan dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Perbincangan lebih tiga jam antara CUEPACS dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membawa hasil positif apabila masing-masing bersetuju supaya tarikh akhir untuk menerima opsyen SBPA dilanjutkan ke 15 Januari 2012, manakala tarikh akhir untuk penerimaan opsyen umur persaraan 60 tahun dikekalkan pada 30 Disember ini.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, JPA pada masa yang sama turut bersetuju supaya perkara-perkara mengenai pelaksanaan SBPA dirundingkan setiap tiga bulan sehingga hal-hal yang berbangkit dapat diselaraskan secara bersama.

“Mengenai penambahbaikan gred yang tertinggal dalam SBPA, semua gred 17 dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) akan dibuat semakan semula dalam tempoh tiga bulan. CUEPACS berharap akan mendapat gambaran lebih lanjut mengenai perkara ini pada rundingan seterusnya.

“Pada masa sama, satu taklimat yang teliti mengenai kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus akan dibuat antara ahli majlis kongres bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah pada minggu depan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengarahkan rundingan dijalankan hari ini antara JPA dan CUEPACS bagi menentukan sama ada pelaksanaan SBPA akan ditangguhkan atau tarikh mengembalikan borang opsyen dilanjutkan.

Dalam pada itu, isu dasar pemisah yang menjadi kebimbangan penjawat awam turut diselesaikan pada hari ini apabila wakil CUEPACS dibenarkan menjadi pemerhati dalam panel pelaksanaan dasar tersebut.

Omar berkata, CUEPACS melihat dasar pemisah itu dari sudut yang positif kerana ia dapat mengelakkan masalah kewujudan penjawat awam yang tidak produktif.  “Wakil CUEPACS boleh memberi pandangan sebelum seseorang itu dikeluarkan dari jabatan, agensi, pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun. Ini bagi mengelakkan terdapat penjawat awam yang teraniaya.

“Jabatan dan agensi di mana penjawat awam berkenaan berkhidmat juga tidak dibenarkan untuk mengambil tindakan memberhentikan seseorang penjawat awam di bawah dasar pemisah, keputusan itu mesti dibuat oleh JPA dengan kehadiran wakil CUEPACS,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr. Ismail Alias berkata, JPA dan CUEPACS secara keseluruhannya bersepakat untuk melaksanakan SBPA .

“Kita telah menyelesaikan semua isu. JPA amat gembira dan menghargai pandangan dan keputusan daripada pihak CUEPACS,” katanya.

SUMBER: UTUSAN

Thursday, December 22, 2011

SBPA: PM ARAH CUEPACS DAN JPA BERUNDING ESOK

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam.

NONEUtusan Online melaporkan beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu.

Manakala Bernama pula memetik Omar sebagai berkata perdana menteri meminta satu rundingan diadakan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs esok bagi menentukan sama ada menangguhkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atau melanjutkan tarikh mengembalikan borang opsyen.

Beliau memberitahu demikian mengenai hasil pertemuannya dengan Datuk Seri Najib hari ini.

Friday, December 16, 2011

BANTAHAN CUEPACS TERHADAP SBPA

     Susulan bantahan pihak Cuepacs terhadap beberapa opsyen terhadap SBPA. Antara perkara yang dibantah ialah pembatalan exit policy dan penjelasan kenaikan gaji 7-13%.  Bagi kawan ada perlunya juga exit policy ini bagi meningkatkan mutu kerja semua PA.  Kalau kita buat kerja dengan betul sebenarnya tidak ada apa yang hendak ditakutkan. Macam hukuman potong tangan bagi pencuri kalau kita tak buat buat apa nak takut. Hukuman juga tidak akan dijalankan sesuka hati tetapi melalui beberapa proses yang kawan percaya tidak akan menganiaya sesiapun. manakala bagi penjelasan kenaikan gaji 7-13%  pihak JPA bolehlah menjelaskannya kepada pihak cuepacs kerana mereka adalah pendokong bagi semua pekerja sektor awam.

      Bagi kawan gaji baru yang ditawarkan jauh lebih menarik daripada yang sedia ada dan tunggu masa untuk tandatangan sahaja.  Walaubagaimanapun kawan tetap akan tunggu perjumpaan diantara wakil Cuepacs dengan PM pada 22hb nanti. Tak ada paksaan untuk semua PA untuk tanda tangan dokumen tersebut. Jadi kalau nak kekal dengan SSM pun terpulang pada diri sendiri. Tepuk Dada Tanya Minda.  Ini hanya pendapat peribadi kawan. Kawan percaya ramai diluar sana ada pendapatnya masing2. Jom kongsi.

Friday, December 9, 2011

DASAR MEMBERSARAKAN KAKITANGAN AWAM DALAM SBPA


Ada dikalangan PA Menyatakan kerisauan berhubung dengan dasar membersarakan mereka yang berprestasi dibawah markah 70 (iaitu 69 kebawah). JPA telah membuat semakan keatas LNPT 2010 dengan mengambil sample 10% daripada jumlah PA atau lebih tepat seramai 131,196 orang dan mendapati :
Markah 90 keatas - 39%
Markah 80-89 - 55.6%
Markah 70-79 - 4.3%
Markah 69 kebawah - 1.1%

...
Ini bermakna hanya mereka dalam golongan 1.1% sahaja yang akan dibuat penilaian keatas prestasi oleh panel yang dilantik untuk mempastikan tiada penganiayaan berlaku sebelum tindakan membesarakan mereka diambil.
    Ini merupakan petikan kata-kata Tan Sri Abu Bakar Haji Abdullah (KPPA) di laman facebooknya.  Walaubagaimanapun harus diingat 1.1% daripada keseluruhan kakitangan awam bersamaan dengan 14500 orang.  Satu jumlah yang sangat besar. Jadi bagi PA yang markahnya dibawah 70% harus sedar dan perbaiki prestasi masing2 mulai tahun depan.

Bagi menjelaskan kaitan LNPT dengan tindakan susulan adalah seperti berikut:

1. Bilamana anda sudah memilih SBPA mulai 1.1.2012 penilaian LNPT tahun 2012 akan disemak pada tahun 2013.

2. Bagi mereka yang mendapat markah 69 dan kebawah Penal yang dilantik akan membuat semakan adalah itu pertama kali PA berkenaan mendapat markah 69 kebawah.

3. Bagi yang mendapat markah 69 kebawah untuk pertama kali Penal akan mengkaji sebab-sebabnya dan akan membuat perakuan supaya PA berkenaan diberi peluang untuk memperbaiki prestasi. Diantara perakuannya ialah kaunseling dan penempatan semula ke jawatan/jabatan lain supaya dapat dinilai oleh PPP dan PPK yang berbeza.

4. Bagi mereka yang sememangnya selama ini markah LNPT nya 69 kebawah termasuk LNPT tahun 2012 akan juga dibuat perakuan sewajarnya oleh Panel tersebut. 

Itulah keadilan yang diketengahkan dalam SBPA ini. Panel yang ditubuhkan akan mempastikan tidak ada elemen penganiayaan berlaku sebelum keputusan muktamad diambil.

Wednesday, December 7, 2011

BOLEH DOWNLOAD PEKELILING SBPA HARI INI




KOD KELAYAKAN MASUK MINIMUM

Kelayakan
Kod
Ijazah
1
Diploma
2

PEMINDAHAN GRED JAWATAN

KATEGORI GURU DAN GRED GAJI 
 Kategori Guru
Gred Gaji
IJAZAH
Pendeta Guru
Khas
Guru Wibawa
DG1-6
Guru Kanan
DG1-5
DG1-4
Guru Biasa
DG1-2
DG1-1
DIPLOMA
Guru Kanan
DG2-5
DG2-3
Guru Biasa
DG2-2
DG2-1

 TEMPOH KENAIKAN PANGKAT


Bagi sesiapa yang ingin melihat pekeliling SBPA bagi guru boleh semak di link ini

PEKELILING SBPA UNTUK UMUM, GURU DAN POLIS.


    Kawan percaya inilah berita yang paling ditunggu2 oleh semua penjawat awam terutamanya dikalangan guru, polis dan kakitangan awam umum yang lain.  Tak sabar2 nak lihat tangga gaji baru masing2.  Siapa yang tak excitedkan. Berapapun gaji kita nanti, bersyukurlah kerana itulah rezeki yang telah ditetapkan untuk kita.  Bukankah siapa yang bersyukur itu, Allah akan tambah lagi rezekinya.  Samada melalui jumlahnya ataupun keberkatan rezeki yang kita dapat.

Tuesday, December 6, 2011

OPSYEN SBPA DAN MELANJUTKAN UMUR PERSARAAN

    Tempoh mengisi borang bagi  memilih Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan adalah pada 16 Disember 2011 hingga 30 Disember  2011. Guru-Guru diminta hubungi sekolah untuk memperolehi maklumat mengenai Borang Opsyen.

    Saudara/ Saudari boleh tandatangan Borang Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan secara berasingan kerana Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan ke 60 tahun merupakan dua perkara yang berbeza.
   
   Maksudnya disini walaupun kita memilih untuk pencen pada umur 56 atau 58 tahun tapi kita masih boleh memilih Opsyen SBPA. Tidak  seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini hanya yang memilih umur bersara 60 tahun sahaja layak untuk memilih Opsyen SBPA.
  

Wednesday, November 2, 2011

TANGGA GAJI DG 41 MENGIKUT SBPA 2012

     Inilah bayangan tangga gaji guru bagi gred DG41 dalam SBPA selepas PM umumkan dalam Bajet 2012, bagi penjawat awam yang menerima opsyen sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA) juga akan menerima kenaikan gaji tahunan antara RM 80 hingga RM 320 dan faedah kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

      Logiknya sebab kenaikan tu memang ada dan yang tak logiknya kenaikan tahunan takkan RM120 lebih je. Tapi jadual tangga gaji guru 2012 ni belum muktamad dan belum dikeluarkan secara rasmi.Jadual tangga gaji yang lainpun tak nampak bayang lagi.

     Dalam Bajet 2012 jugak, PM ada mengumumkan, dalam sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA) adalah bagi golongan dalam kumpulan guru atau gred gaji DG yang mana tempoh bagi kenaikan gred antara DG 29 ke DG 32 dan DG 41 ke DG 44 telah dikurangkan kepada 8 tahun je berbanding sebelum ini mereka perlu menunggu selama 10 tahun untuk kenaikan gred dalam jawatan perguruan ini. Bajet kalini pastinya mendapat sambutan baik di kalangan semua guru.

Saturday, October 8, 2011

Saraan Baru Beri Guru Kenaikan Gaji Terbesar

KUALA LUMPUR: Golongan guru yang meliputi kira-kira sepertiga daripada 1.2 juta penjawat awam mendapat kenaikan gaji terbesar menerusi Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012.

Guru bukan siswazah menerima kenaikan sehingga 39 peratus, manakala guru siswazah menerima kenaikan 37.7 peratus. Sebagai contoh, gaji maksimum guru bukan siswazah gred DGA34 dinaikkan daripada RM3,860 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada RM5,370 mengikut SBPA. Bagi guru siswazah pula, gaji maksimum gred DG48, di bawah SSM ialah RM6,325 menjadi RM8,710 mengikut SBPA.

Perdana Menteri juga mengumumkan bantuan persekolahan one-off RM500 untuk isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 bagi menangani kos sara hidup.
Bajet 2012 juga memberi durian runtuh kepada 5.3 juta pelajar dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima yang layak mendapat bantuan RM100 untuk setiap pelajar.
Sebanyak RM530 juta diperuntukkan untuk bantuan itu yang akan dilaksanakan menerusi Bank Simpanan Nasional.

Kerajaan juga memperkenal Dana Pengkomersialan Inovasi RM500 juta untuk membolehkan institusi pengajian tinggi dan perusahaan kecil dan sederhana mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan.

Seramai 20,000 guru diploma diberi peluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dengan yuran dibiayai Kementerian Pelajaran. Bajet berkenaan menyediakan dana RM80 juta bagi bantuan yuran pengajian itu.
Sementara itu, Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menganggap penurunan tempoh kenaikan gred guru siswazah daripada DG44 kepada DG48 daripada 20 tahun ke 16 tahun sebagai penghargaan besar kepada pendidik di seluruh negara dan tanda kerajaan mendengar rintihan rakyat.

Presidennya, Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata pengurangan tempoh itu bermakna guru siswazah yang cemerlang berpeluang untuk mencapai gred DG52 dan DG54 sebelum usia persaraan yang kini dinaikkan kepada 60 tahun.

KGMMB sangat berpuas hati dengan pengumuman dalam Bajet 2012 kerana turut membabitkan penurunan tempoh kenaikan gred mengikut time-based yang membuka peluang kenaikan gaji bagi guru yang enggan menerima kenaikan pangkat kerana sukar berpindah rumah atau komitmen lain.

Guru yang tidak dilantik sebagai pengetua atau pegawai pelajaran daerah kekal di sekolah sebagai pendidik tetapi masih menerima kenaikan gred, katanya ketika dihubungi di sini, semalam

Sumber : Berita Harian