Tempoh mengisi borang bagi memilih Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan adalah pada 16 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011. Guru-Guru diminta hubungi sekolah untuk memperolehi maklumat mengenai Borang Opsyen.
Saudara/ Saudari boleh tandatangan Borang Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan secara berasingan kerana Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan ke 60 tahun merupakan dua perkara yang berbeza.
Maksudnya disini walaupun kita memilih untuk pencen pada umur 56 atau 58 tahun tapi kita masih boleh memilih Opsyen SBPA. Tidak seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini hanya yang memilih umur bersara 60 tahun sahaja layak untuk memilih Opsyen SBPA.
No comments:
Post a Comment