Susulan bantahan pihak Cuepacs terhadap beberapa opsyen terhadap SBPA. Antara perkara yang dibantah ialah pembatalan exit policy dan penjelasan kenaikan gaji 7-13%. Bagi kawan ada perlunya juga exit policy ini bagi meningkatkan mutu kerja semua PA. Kalau kita buat kerja dengan betul sebenarnya tidak ada apa yang hendak ditakutkan. Macam hukuman potong tangan bagi pencuri kalau kita tak buat buat apa nak takut. Hukuman juga tidak akan dijalankan sesuka hati tetapi melalui beberapa proses yang kawan percaya tidak akan menganiaya sesiapun. manakala bagi penjelasan kenaikan gaji 7-13% pihak JPA bolehlah menjelaskannya kepada pihak cuepacs kerana mereka adalah pendokong bagi semua pekerja sektor awam.
Bagi kawan gaji baru yang ditawarkan jauh lebih menarik daripada yang sedia ada dan tunggu masa untuk tandatangan sahaja. Walaubagaimanapun kawan tetap akan tunggu perjumpaan diantara wakil Cuepacs dengan PM pada 22hb nanti. Tak ada paksaan untuk semua PA untuk tanda tangan dokumen tersebut. Jadi kalau nak kekal dengan SSM pun terpulang pada diri sendiri. Tepuk Dada Tanya Minda. Ini hanya pendapat peribadi kawan. Kawan percaya ramai diluar sana ada pendapatnya masing2. Jom kongsi.