Wednesday, November 2, 2011

TANGGA GAJI DG 41 MENGIKUT SBPA 2012

     Inilah bayangan tangga gaji guru bagi gred DG41 dalam SBPA selepas PM umumkan dalam Bajet 2012, bagi penjawat awam yang menerima opsyen sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA) juga akan menerima kenaikan gaji tahunan antara RM 80 hingga RM 320 dan faedah kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

      Logiknya sebab kenaikan tu memang ada dan yang tak logiknya kenaikan tahunan takkan RM120 lebih je. Tapi jadual tangga gaji guru 2012 ni belum muktamad dan belum dikeluarkan secara rasmi.Jadual tangga gaji yang lainpun tak nampak bayang lagi.

     Dalam Bajet 2012 jugak, PM ada mengumumkan, dalam sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA) adalah bagi golongan dalam kumpulan guru atau gred gaji DG yang mana tempoh bagi kenaikan gred antara DG 29 ke DG 32 dan DG 41 ke DG 44 telah dikurangkan kepada 8 tahun je berbanding sebelum ini mereka perlu menunggu selama 10 tahun untuk kenaikan gred dalam jawatan perguruan ini. Bajet kalini pastinya mendapat sambutan baik di kalangan semua guru.

1 comment:

  1. Matagaji DG 41 kat atas tu based on kenaikan gaji permulaan 7% ja...tapi kenaikan tahunannya hanya benar dari T1 sampai T17 saja..untuk T18 keatas mungkin tak betul sebab dalam SSM pun kenaikan tahunan nya adalah berbeza pada T18 dan keatas!

    ReplyDelete