DASAR MEMBERSARAKAN KAKITANGAN AWAM DALAM SBPA
Ada dikalangan PA Menyatakan kerisauan berhubung dengan dasar membersarakan mereka yang berprestasi dibawah markah 70 (iaitu 69 kebawah). JPA telah membuat semakan keatas LNPT 2010 dengan mengambil sample 10% daripada jumlah PA atau lebih tepat seramai 131,196 orang dan mendapati :
Markah 90 keatas - 39%
Markah 80-89 - 55.6%
Markah 70-79 - 4.3%
Markah 69 kebawah - 1.1%
... Ini bermakna hanya mereka dalam golongan 1.1% sahaja yang akan dibuat penilaian keatas prestasi oleh panel yang dilantik untuk mempastikan tiada penganiayaan berlaku sebelum tindakan membesarakan mereka diambil.
Ini merupakan petikan kata-kata Tan Sri Abu Bakar Haji Abdullah (KPPA) di laman facebooknya. Walaubagaimanapun harus diingat 1.1% daripada keseluruhan kakitangan awam bersamaan dengan 14500 orang. Satu jumlah yang sangat besar. Jadi bagi PA yang markahnya dibawah 70% harus sedar dan perbaiki prestasi masing2 mulai tahun depan.
Bagi menjelaskan kaitan LNPT dengan tindakan susulan adalah seperti berikut:
1. Bilamana anda sudah memilih SBPA mulai 1.1.2012 penilaian LNPT tahun 2012 akan disemak pada tahun 2013.
2. Bagi mereka yang mendapat markah 69 dan kebawah Penal yang dilantik akan membuat semakan adalah itu pertama kali PA berkenaan mendapat markah 69 kebawah.
3. Bagi yang mendapat markah 69 kebawah untuk pertama kali Penal akan mengkaji sebab-sebabnya dan akan membuat perakuan supaya PA berkenaan diberi peluang untuk memperbaiki prestasi. Diantara perakuannya ialah kaunseling dan penempatan semula ke jawatan/jabatan lain supaya dapat dinilai oleh PPP dan PPK yang berbeza.
4. Bagi mereka yang sememangnya selama ini markah LNPT nya 69 kebawah termasuk LNPT tahun 2012 akan juga dibuat perakuan sewajarnya oleh Panel tersebut.
Itulah keadilan yang diketengahkan dalam SBPA ini. Panel yang ditubuhkan akan mempastikan tidak ada elemen penganiayaan berlaku sebelum keputusan muktamad diambil.
No comments:
Post a Comment