Showing posts with label GURU. Show all posts
Showing posts with label GURU. Show all posts
Saturday, December 10, 2011
Wednesday, December 7, 2011
BOLEH DOWNLOAD PEKELILING SBPA HARI INI
KOD KELAYAKAN MASUK MINIMUM
Kelayakan | Kod |
Ijazah | 1 |
Diploma | 2 |
PEMINDAHAN GRED JAWATAN

KATEGORI GURU DAN GRED GAJI
Kategori Guru | Gred Gaji |
IJAZAH | |
Pendeta Guru | Khas |
Guru Wibawa | DG1-6 |
Guru Kanan | DG1-5 DG1-4 |
Guru Biasa | DG1-2 DG1-1 |
DIPLOMA | |
Guru Kanan | DG2-5 DG2-3 |
Guru Biasa | DG2-2 DG2-1 |
TEMPOH KENAIKAN PANGKAT
PEKELILING SBPA UNTUK UMUM, GURU DAN POLIS.
Kawan percaya inilah berita yang paling ditunggu2 oleh semua penjawat awam terutamanya dikalangan guru, polis dan kakitangan awam umum yang lain. Tak sabar2 nak lihat tangga gaji baru masing2. Siapa yang tak excitedkan. Berapapun gaji kita nanti, bersyukurlah kerana itulah rezeki yang telah ditetapkan untuk kita. Bukankah siapa yang bersyukur itu, Allah akan tambah lagi rezekinya. Samada melalui jumlahnya ataupun keberkatan rezeki yang kita dapat.
Saturday, November 19, 2011
GURU KERJA 9 JAM TIDAK DITERUSKAN
TPM semalam mengumumkan program guru kerja 9 jam tidak diteruskan. Dengan alasannya guru sendiri tidak faham dengan tujuan kementerian untuk memperkasakan profesion perguruan. Sebenarnya kawan rasa guru dah kerja 9 jam sehari dan mungkin lebih. Bukan semua guru tidak bersetuju tetapi sikap kementerian yang selalu membuat kajian terhadap guru, menambahkan bebanan kepada guru dan akhirnya sistem kembali kepada dipermulaannya. Lihatlah apa yang berlaku kepada PPSMI yang akhirnya kembali kepada MBMMBI. Yang akan menerima kesannya adalah anak-anak murid, guru-guru dan ibu bapa yang tidak berpuas hati. So nak buat kajianpun biarlah siap dengan soal selidiknya dahulu. Jangan akhirnya nak salahkan masyarakat salah sangka dan guru yang tidak faham. Dan jangan cakap berbelit-belit kata nak dihentikan tapi di Melaka tetap diteruskan.
Friday, November 11, 2011
GURU KERJA 9 JAM MULAI 2012
Selama harini pun aku rasa guru ni dah kerja 9 jam satu hari. Kalau tak ,tak bertandalah buku budak2 tu. Cuma bezanya dekat punch card tu aje masanya pukul 7.00 sampai 2.00. Yang selebihnya buat dirumah. Belum lagi yang terpaksa online untuk key in markah budak2 dan banyak lagi kerja2 pengkeranian yang perlu dibuat. So kita sama2 fikirlah perlu ke guru kerja 9 jam ni yer.
Subscribe to:
Posts (Atom)





