Berita gembira buat semua ibu bapa yang mempunyai anak di bangku sekolah rendah mahupun sekolah menengah, anda boleh mula menuntut wang RM100 bagi setiap anak mulai esok (15.11.2011) di sekolah tempat anak-anak anda belajar. Tarikh ni laku untuk SK Taman Mutiara Rini sahaja. Jangan lupa, sila bawa bersama kad pengenalan ketika tuntutan dibuat. Bagi SK Taman Mutiara Rini, Johor Bahru tuntutan boleh dibuat dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang dari 15.11.2011 hinggalah 18.11.2011. Bayaran adalah untuk murid tahun 1 hingga tahun 6 bagi sesi 2011. Bagi sekolah2 ditempat lain sila hubungi pihak sekolah jika belum mendapat maklumat tentang perkara ini.
Dalam kita bergembira menerima wang jangan dilupa wang ini adalah bertujuan meringankan beban ibu bapa ketika memulakan persekolahan anak2. Jadi gunalah sebaiknya dan belanjalah secara berhemah hak anak2 anda itu. Selamat berbelanja.... ;)
