Monday, November 14, 2011

WANG RM100 BOLEH DITUNTUT MULAI ESOK

    
     Berita gembira buat semua ibu bapa yang mempunyai anak di bangku sekolah rendah mahupun sekolah menengah, anda boleh mula menuntut wang RM100 bagi setiap anak mulai esok (15.11.2011) di sekolah tempat anak-anak anda belajar. Tarikh ni laku untuk SK Taman Mutiara Rini sahaja. Jangan lupa, sila bawa bersama kad pengenalan ketika tuntutan dibuat.  Bagi SK Taman Mutiara Rini, Johor Bahru tuntutan boleh dibuat dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang dari 15.11.2011 hinggalah 18.11.2011. Bayaran adalah untuk murid tahun 1 hingga tahun 6 bagi sesi 2011.  Bagi sekolah2 ditempat lain sila hubungi pihak sekolah jika belum mendapat maklumat tentang perkara ini.
    Dalam kita bergembira menerima wang jangan dilupa wang ini adalah bertujuan meringankan beban ibu bapa ketika memulakan persekolahan anak2.   Jadi gunalah sebaiknya dan belanjalah secara berhemah hak anak2 anda itu. Selamat berbelanja.... ;)


SERDANG - Kementerian Pelajaran bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses pengeluaran dan pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 kepada kira-kira 5.5 juta pelajar untuk menjamin keselamatan guru besar dan pengetua sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, guru besar dan pengetua yang diiringi guru-guru penolong kanan berkemungkinan menjadi sasaran penjenayah dan atas faktor keselamatan adalah lebih elok jika mereka diiringi polis untuk mengeluarkan wang dari bank sehingga mengagihkan wang bantuan persekolahan di sekolah.

"Kita tidak mahu apa-apa (kejadian tidak diingini) berlaku dan sebab itu kita melakukan langkah-langkah pencegahan," katanya pada satu sidang media selepas menghadiri Hari Keluarga Warga KPM 2011 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di MAEPS di sini.

Khamis lalu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata, wang bantuan persekolahan RM100 seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta.

Wang bantuan itu yang akan diagihkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.  Bayaran kepada pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012 akan dibayar pada Januari depan.

No comments:

Post a Comment