Wednesday, December 7, 2011

PEKELILING SBPA UNTUK UMUM, GURU DAN POLIS.


    Kawan percaya inilah berita yang paling ditunggu2 oleh semua penjawat awam terutamanya dikalangan guru, polis dan kakitangan awam umum yang lain.  Tak sabar2 nak lihat tangga gaji baru masing2.  Siapa yang tak excitedkan. Berapapun gaji kita nanti, bersyukurlah kerana itulah rezeki yang telah ditetapkan untuk kita.  Bukankah siapa yang bersyukur itu, Allah akan tambah lagi rezekinya.  Samada melalui jumlahnya ataupun keberkatan rezeki yang kita dapat.

Tuesday, December 6, 2011

OPSYEN SBPA DAN MELANJUTKAN UMUR PERSARAAN

    Tempoh mengisi borang bagi  memilih Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan adalah pada 16 Disember 2011 hingga 30 Disember  2011. Guru-Guru diminta hubungi sekolah untuk memperolehi maklumat mengenai Borang Opsyen.

    Saudara/ Saudari boleh tandatangan Borang Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan secara berasingan kerana Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan ke 60 tahun merupakan dua perkara yang berbeza.
   
   Maksudnya disini walaupun kita memilih untuk pencen pada umur 56 atau 58 tahun tapi kita masih boleh memilih Opsyen SBPA. Tidak  seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini hanya yang memilih umur bersara 60 tahun sahaja layak untuk memilih Opsyen SBPA.
  

Saturday, November 19, 2011

GURU KERJA 9 JAM TIDAK DITERUSKAN

   
     TPM semalam mengumumkan program guru kerja 9 jam tidak diteruskan.  Dengan alasannya guru sendiri tidak faham dengan tujuan kementerian untuk memperkasakan profesion perguruan.  Sebenarnya kawan rasa guru dah kerja 9 jam sehari dan mungkin lebih. Bukan semua guru tidak bersetuju tetapi sikap kementerian yang selalu membuat kajian terhadap guru, menambahkan bebanan kepada guru dan akhirnya sistem kembali kepada dipermulaannya.  Lihatlah apa yang berlaku kepada PPSMI yang akhirnya kembali kepada MBMMBI. Yang akan menerima kesannya adalah anak-anak murid, guru-guru dan ibu bapa yang tidak berpuas hati. So nak buat kajianpun biarlah siap dengan soal selidiknya dahulu.  Jangan akhirnya nak salahkan masyarakat salah sangka dan guru yang tidak faham.  Dan jangan cakap berbelit-belit kata nak dihentikan tapi di Melaka tetap diteruskan.

Thursday, November 17, 2011

SEKOLAH JANGAN MEMANDAI-MANDAI POTONG WANG RM100

      Memang perkara ini berlaku bila sekolah memandai-mandai potong wang RM100 agar ibu bapa membayar yuran PIBG atau yuran sekolah yang belum dibayar.  Tapi perkara ni tak sepatutnya berlaku kerana kerajaan tidak meletakkan syarat bahawa wang tersebut perlu digunakan untuk membayar yuran.  Pihak sekolah tidak perlu mengambil kesempatan keatas ibu bapa yang mungkin tidak mampu untuk membayar yuran, begitu juga pihak PIBG.  Apatah lagi wang RM100 adalah digunakan untuk membantu ibu bapa memulakan persekolahan bagi tahun hadapan.  Dan ibu bapa yang mampu pula tidak sepatutnya mengabaikan yuran yang sepatutnya dibayar.  So sama2lah kita menjalankan tanggung jawab masing2 ya.

Monday, November 14, 2011

WANG RM100 BOLEH DITUNTUT MULAI ESOK

    
     Berita gembira buat semua ibu bapa yang mempunyai anak di bangku sekolah rendah mahupun sekolah menengah, anda boleh mula menuntut wang RM100 bagi setiap anak mulai esok (15.11.2011) di sekolah tempat anak-anak anda belajar. Tarikh ni laku untuk SK Taman Mutiara Rini sahaja. Jangan lupa, sila bawa bersama kad pengenalan ketika tuntutan dibuat.  Bagi SK Taman Mutiara Rini, Johor Bahru tuntutan boleh dibuat dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang dari 15.11.2011 hinggalah 18.11.2011. Bayaran adalah untuk murid tahun 1 hingga tahun 6 bagi sesi 2011.  Bagi sekolah2 ditempat lain sila hubungi pihak sekolah jika belum mendapat maklumat tentang perkara ini.
    Dalam kita bergembira menerima wang jangan dilupa wang ini adalah bertujuan meringankan beban ibu bapa ketika memulakan persekolahan anak2.   Jadi gunalah sebaiknya dan belanjalah secara berhemah hak anak2 anda itu. Selamat berbelanja.... ;)

Friday, November 11, 2011

GURU KERJA 9 JAM MULAI 2012

           Selama harini pun aku rasa guru ni dah kerja 9 jam satu hari.  Kalau tak ,tak bertandalah buku budak2 tu.  Cuma bezanya dekat punch card tu aje masanya pukul 7.00 sampai 2.00.  Yang selebihnya buat dirumah.  Belum lagi yang terpaksa online untuk key in markah budak2 dan banyak lagi kerja2 pengkeranian yang perlu dibuat.  So kita sama2 fikirlah perlu ke guru kerja 9 jam ni yer.

Wednesday, November 9, 2011

JOM SEMAK KEPUTUSAN SEKOLAH ANAK ANDA SECARA ONLINE

          
      Seiring dengan peredaran zaman,KPM tidak mahu ketinggalan malah selangkah di hadapan dalam memastikan sistem pendidikan di Malaysia semakin hari semakin mantap.  Pelbagai usaha dilakukan dalam merapatkan hubungan serta menyatukan sasaran dikalangan ibubapa dan pihak sekolah. Salah satunya tentulah dengan adanya SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah). Melalui SAPS ibu bapa boleh mengakses sistem secara online bagi melihat sasaran yang diletakkan bagi pencapaian setahun anak-anak mereka.

           Ibu bapa juga dari masa ke semasa dapat terus melihat keputusan anak mereka didalam peperiksaan2 yang dijalankan oleh pihak sekolah tanpa perlu melihat kad kemajuan pada bila-bila masa yang mereka mahu. So, tak ada lagi peluang untuk anak2 menyorok keputusan peperiksaan mereka macam dulu2 kan...Ibu bapa boleh menyemak semua keputusan peperiksaan sekolah sama ada untuk anak2 di sekolah rendah ataupun menengah. Camna tu...just click link kat bawah ni..